Skip Ribbon Commands
Skip to main content
  
  

 

Sila maklum bahawa terdapat satu kes berlaku di Bukit Kuantan, Pahang Darul Makmur di mana terdapat individu yang mendakwa adalah Pengurus bagi KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD cawangan FELDA Bukit Kuantan dan telah menggunakan logo kepala surat palsu KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD menawarkan dan seterusnya memasuki perjanjian untuk kontrak bekalan baja organik dengan pihak-pihak tertentu.

Satu laporan polis telah dibuat oleh Pengurusan KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD pada 18hb Jun 2010 di Pejabat IPD Kuantan terhadap penipuan tersebut.

Berikutan itu, pihak Pengurusan ingin mengingatkan bahawa KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD tidak mempunyai sebarang cawangan di mana-mana negeri dan hanya beribu pejabat di Blok J, Anjung FELDA Jalan Maktab 54000 Kuala Lumpur.
KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD juga tidak ada menawarkan sebarang kontrak bekalan baja organik dengan mana-mana pihak.

Tuan/Puan/Anggota KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap kaedah penipuan atau sindiket yang menggunakan nama dan/atau logo KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD dalam memperdayakan orang ramai.

Sebarang kemusykilan, boleh terus menghubungi ibu pejabat KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD di talian: 03-26970502 atau 03-26942095 Faks: 03-26948492 Emel: kpf@felda.net.my.
 
 

 

Date Created: 3/30/2011
Expired Date: 5/28/2011
  

untitled.bmp 

PUTRAJAYA 9 Julai – Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) muncul antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011 di sini, hari ini.
 
Kepercayaan orang ramai, pengurusan dan pentadbiran yang baik merupakan faktor utama yang membolehkan KPF memenangi anugerah tersebut.
Malah, kejayaannya merangkul anugerah tersebut merupakan bukti selanjutnya prestasi semasa koperasi itu serta kemampuannya memberikan sumbangan kepada masyarakat dan memainkan peranan aktif untuk terus memperkukuhkan gerakan koperasi di dalam negara.
Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dr. Syed Jalaludin Syed Salim sempena sambutan Hari Koperasi Negara 2011 yang diadakan di sini selama tiga hari bermula semalam.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob.
Selain KPF, Bank Rakyat turut menerima anugerah yang sama.
KPF yang ditubuhkan pada tahun 1980 merupakan koperasi warga petani terbesar di Malaysia.

 

Date Created: 3/31/2011
Expired Date: 4/21/2011
  
SALAM,

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Koperasi Kakitangan Bank Rakyat akan menganjurkan aktiviti
Treasure Hunt 2012 yang bermula daripada Bank Rakyat HQ ke A'Famosa Melaka.

Kepada mana-mana anggota koperasi yang berminat , sila rujuk pada lampiran disertakan.

 

 Treasure Hunt SKM 2012 001.jpgTreasure Hunt SKM 2012 001.jpgBorang Penyertaan 001.jpgBorang Penyertaan 001.jpg

Date Created: 3/11/2012
Expired Date: 4/4/2012
  

Logo SKM.jpg 5Bintang.jpg

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM) TELAH MEMBERIKAN PENGIKTIRAFAN LIMA(5) BINTANG KEPADA KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD (KPF) BERDASARKAN KAEDAH PENILAIAN FLAME-T YANG MERANGKUMI PENILAIAN DALAM ASPEK KEWANGAN, LIKUIDITI, ASET, PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.

PENILAIAN DIJALANKAN SEPANJANG TEMPOH PEMERIKSAAN USAHA WAJAR ("DUE DILIGENCE") YANG DIJALANKAN SKM YANG BERAKHIR PADA 1 NOVEMBER 2011 YANG LALU.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PIHAK TERLIBAT TERMASUK ANGGOTA LEMBAGA, PENGURUSAN SERTA WARGA KPF KESELURUHANNYA.

Date Created: 12/21/2011
Expired Date: 1/31/2012