Bahagian 1  
Undang-undang Kecil
 
PERMULAAN
 
1. 
Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh ianya didaftarkan oleh Suruhanjaya

     
2. 
Di dalam Undang-undang Kecil ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-:
     

 

 

- “Akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
   

 
-​
"Akta Tanah" ertinya Akta Tanah (Kawasan Penempatan Beramai-ramai), 1960 sebagaimana yang dipinda oleh Akta Tanah (Kawasan Penempatan Beramai-ramai (Pindaan), 1965;
 
anak-anak ertinya anak yang sah disisi undang-undang tidak termasuk anak angkat dan anak tiri;
 
“anggota” termasuklah:
 
(a) seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan yang telah menandatangani minit mesyuarat agung permulaan Koperasi dan seseorang individu yang diterima menjadi anggota mengikut Peraturan dan Undang-undang Kecil ini selepas pendaftaran, dan

(b) sesuatu koperasi asas atau koperasi menengah yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan sesuatu koperasi asas atau koperasi menengah yang diterima menjadi anggota mengikut Peraturan dan Undang-undang Kecil ini selepas pendaftaran, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
   
“arahan” ertinya arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke semasa;
   
aturan-aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan mesyuarat agung perwakilan;
   
“deposit” ertinya suatu jumlah wang yang :

(a) diterima atau dibayar atas terma yang kena dibayar balik, dengan atau tanpa pulangan atau faedah atau dengan suatu premium atau diskaun; atau
(b) diterima atau dibayar atas terma yang kena dibayar balik, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang,
 

dan pembayaran balik itu adalah sama ada atas permintaan atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat pembayaran itu dan orang yang menerimanya, tidak kira sama ada transaksi itu diperihalkan sebagai suatu pinjaman, pendahuluan, pelaburan, simpanan, jualan atau jualan dan belian semula, tetapi tidak termasuk wang yang dibayar secara bona fide-


(i) dengan cara suatu pendahuluan atau suatu pembayaran sebahagian di bawah suatu kontrak bagi jualan, sewaan atau peruntukan lain harta atau perkhidmatan, dan kena dibayar balik hanya dalam keadaan bahawa harta atau perkhidmatan itu tidak sebenarnya dijual, disewa atau selainnya diperuntukkan;

(ii) dengan cara jaminan bagi pelaksanaan suatu kontrak atau dengan cara jaminan berkenaan dengan apa-apa kerugian yang mungkin berbangkit daripada ketidaklaksaan sesuatu kontrak; dan
(iii) tanpa menjejaskan subperenggan (ii), dengan cara jaminan bagi penyerahan atau pemulangan apa-apa harta, sama ada dalam suatu keadaan baik yang tertentu atau selainnya,

dan hendaklah termasuk wang yang didepositkan oleh mana-mana orang dengan Koperasi ini dalam suatu akaun tetap atau akaun simpanan atau akaun deposit lain tetapi tidak termasuk syer, yuran atau simpanan khas, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
   
“dividen” ertinya bahagian keuntungan Koperasi ini yang dibahagikan di kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar modal syer dan modal yuran yang dipegang oleh mereka, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
   
“elaun” ertinya saraan yang dibayar kepada seseorang anggota Lembaga atau Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Koperasi ini sebagai balasan kerana khidmatnya yang diberikan kepada Koperasi ini secara tetap;
   
"FELDA" ertinya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah, 1956;
   
“garis panduan” ertinya garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke semasa;
   
“honorarium” ertinya suatu bahagian keuntungan bersih teraudit Koperasi yang diagihkan antara beberapa atau semua anggota Lembaga sebagai balasan bagi perkhidmatan mereka yang lazimnya tidak diberi saraan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
   
"kakitangan" ertinya kakitangan yang dilantik secara tetap atau kakitangan kontrak dan berkhidmat di mana-mana entiti berikut:-

(a) FELDA;

(b) Syarikat-syarikat atau perbadanan-perbadanan yang berstatus subsidiari yang ditubuhkan dan/atau  
     diambilalih oleh FELDA atau Koperasi ini serta memiliki kuasa kawalan dan pengurusan di dalamnya; dan

(c) Koperasi-koperasi yang ditubuhkan oleh FELDA;
   
”kakitangan kontrak” ertinya kakitangan yang dilantik secara kontrak yang mana tempoh perkhidmatannya telah ditetapkan untuk suatu tempoh dan boleh diperbaharui dari semasa ke semasa mengikut budi bicara majikan;
   
“kawasan operasi” ertinya kawasan di mana koperasi ini dibolehkan mendapat anggotanya;
   
kesalahan boleh daftar” ertinya kesalahan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah-Penjenayah dan Orang-Orang Tak Diingini 1969, sebagaimana yang ditakrifkan menurut Jadual Pertama dan Kedua kepada Akta itu;
   
“Koperasi” atau "Koperasi ini" ertinya Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad;
   
“koperasi asas” ertinya Koperasi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 4(1) Akta Koperasi 1993, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta yang sama;
   
”koperasi menengah” ertinya Koperasi sebagimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 4(2) Akta Koperasi 1993, sebaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta yang sama;
   
"Kumpulan Felda" meliputi FELDA, syarikat-syarikat, perbadanan-perbadanan, koperasi-koperasi yang ditubuhkan oleh FELDA dan subsidiari yang dimiliki oleh syarikat-syarikat, perbadanan-perbadanan dan koperasi-koperasi yang ditubuhkan oleh FELDA;
   
“Lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
   
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab pembangunan koperasi, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
   
“pegawai” berhubung dengan Koperasi ertinya seorang pengerusi, setiausaha, bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga, dan termasuklah ketua pegawai eksekutif, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga, Peraturan atau perintah atau Undang-undang Kecil untuk memberi arahan berkenaan dengan urusan Koperasi ini, atau mana-mana pekerja, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
   
"peneroka" ertinya seseorang peserta rancangan tanah FELDA yang telah menandatangani surat perjanjian penyertaan dalam rancangan dengan FELDA;
   
“pelantikan” termasuklah apa-apa pelantikan atau pelantikan semula, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“Pengerusi Eksekutif” ertinya Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
   
“peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
   
“perwakilan” ertinya:-

(a) wakil anggota-anggota individu, yang dipilih di mesyuarat peringkat kawasan anggota-anggota Koperasi ini, bagi menghadiri mesyuarat agung perwakilan, dan

(b) wakil sesuatu koperasi asas atau koperasi menegah yang ialah anggota Koperasi ini yang mesyuarat-mesyuaratnya wakil itu telah dipilih atau dilantik untuk bagi menghadirinya, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
   
“perwakilan ganti” ertinya wakil anggota-anggota individu, yang dipilih di mesyuarat peringkat kawasan anggota-anggota Koperasi ini sebagai perwakilan simpanan bagi menggantikan seseorang perwakilan yang hilang haknya sebagai perwakilan kerana terhenti menjadi anggota atau menarik diri menjadi perwakilan atau berpindah kawasan;
   
“potongan langganan” ertinya bahagian keuntungan Koperasi ini yang dibahagikan di kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar banyaknya perniagaan yang dilakukan oleh mereka dengan Koperasi ini dan yang daripadanya keuntungan Koperasi ini diperoleh, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
   
“prinsip koperasi” termasuklah-

(a) keanggotaan sukarela dan terbuka;

(b) kawalan demokratik oleh anggota;

(c) penglibatan ekonomi oleh anggota;

(d) autonomi dan kebebasan;

(e) pendidikan, latihan dan maklumat;
(f) kerjasama antara koperasi; dan
(g) mengambil berat terhadap masyarakat,

sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
   
“pulangan” termasuklah apa-apa bentuk sewaan, pulangan, dividen atau faedah, termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau akan diberikan berhubung dengan apa-apa urusniaga, transaksi atau surat cara, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
   
“sabitan” termasuklah sesuatu dapatan bersalah dan pembuktian kesalahan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
   
”seseorang anggota” ertinya anggota Koperasi yang terdiri daripada seseorang individu;
   
-
 
 
 
 
-
 
 
 
 
 
-
 
 
-
 
 
-
 
 
 
-
 
-
 
 
 
-
 
 
 
 
-
”sesuatu anggota” ertinya anggota Koperasi yang terdiri daripada koperasi asas atau koperasi menengah;
 
“simpanan khas” ertinya wang yang didepositkan oleh seseorang atau sesuatu anggota dengan Koperasi ini dengan niat nyata untuk menggunakan wang yang didepositkan untuk suatu maksud yang dinyatakan yang dibenarkan di bawah Peraturan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
 
“subsidiari” ertinya sesuatu syarikat, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965, yang komposisi Lembaga Pengarahnya atau lebih daripada separuh kuasa mengundinya dikawal oleh Koperasi ini, atau yang lebih daripada separuh modal syer diterbitkannya dipegang oleh Koperasi ini, dan termasuklah sesuatu subsidiari, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu, bagi syarikat itu, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

”syarikat bersekutu” ertinya sesuatu syarikat yang mana Koperasi ini mempunyai hak mengundi yang signifikan di dalamnya, tetapi tidak mencapai tahap sebagai sebuah syarikat subsidiari;
 
“syer” ertinya bahagian dalam modal syer Koperasi ini yang disumbangkan oleh seseorang atau sesuatu anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam Koperasi ini, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“Tribunal Koperasi” ertinya Tribunal Koperasi yang ditubuhkan menurut seksyen 83 Akta Koperasi 1993;

“Undang-Undang Kecil” ertinya Undang-undang Kecil berdaftar yang dibuat oleh Koperasi ini pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta Koperasi 1993 dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar Undang-undang Kecil, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“wang berlebihan” ertinya tertakluk kepada Peraturan, wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh Koperasi ini bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya, yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar Koperasi ini tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan itu, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;

“yuran” ertinya jumlah wang yang disumbangkan pada lat-lat masa yang tetap oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam Koperasi ini dan tidak boleh dikeluarkan kecuali menurut syarat yang ditetapkan dalam Undang-undang Kecil atau apabila tamat keanggotaannya, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993.
 
Perubahan dari segi nahu, jenis jantina dan bilangan.

3.  (1) Jika mana-mana perkataan atau perbahasan ditakrif dalam sesuatu undang-undang bertulis, takrif itu
          hendaklah diperluaskan kepada segala perubahan nahu dan perbahasan kognat perkataan itu atau 
          perbahasan yang ditakrifkan.
     (2) Perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan yang memaksudkan jenis lelaki meliputi perempuan.
 
     (3) Perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan dalam bilangan tunggal meliputi bilangan jamak, dan 
          perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan dalam bilangan jamak meliputi bilangan tunggal.