Bahagian 1  
Undang-undang Kecil
 
NAMA, ALAMAT BERDAFTAR DAN KAWASAN OPERASI
 
1. 
Menurut subseksyen 7(4) dan (5) Akta, Koperasi ini hendaklah dinamakan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad.

     
2.
 
 
 
 
(1) Alamat yang didaftarkan bagi Koperasi ini ialah Blok J, Anjung FELDA, Jalan Maktab, 54000 Kuala Lumpur.
 
(2) Koperasi hendaklah memberitahu kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari berkaitan tiap-tiap pertukaran alamat menurut seksyen 11 Akta.​
     

3.

 

Kawasan operasi Koperasi ini ialah seluruh Malaysia.