Bahagian 3  
Undang-undang Kecil
 
MATLAMAT, FUNGSI DAN AKTIVITI
 
1.
Matlamat Koperasi ini ialah untuk:–

(i) meningkatkan kepentingan ekonomi anggota yang terdiri daripada individu, dan

(ii)memudahkan operasi anggota yang terdiri daripada koperasi asas dan koperasi menengah, mengikut prinsip-prinsip Koperasi.
 
 
 
     
2.
Fungsi:-
 
 
 
 
 
Fungsi utama Koperasi ini ialah perkhidmatan.
 
     
3.

Aktiviti:-

 
 
 
 

​(1) Bagi mencapai matlamat dan fungsi menurut Undang-undang Kecil 7 amnya dan 8 khasnya, Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti-aktiviti berikut-

(a) Menjalankan aktiviti berkaitan pelaburan termasuk –

(i) melabur modal dalam saham-saham, bon-bon, kertas-kertas dagangan, stok-stok, stok yang boleh tukar, saham debentur dan saham debentur yang boleh tukar syarikat-syarikat swasta dan awam;

(ii) melabur saham dalam unit trust, tabung-tabung amanah, atau apa-apa jenis tabung atau mengendalikan unit trust, tabung-tabung amanah, pencen atau apa-apa jenis tabung yang ada dan diadakan dari semasa ke semasa khas untuk anggota-anggota dan dengan kebenaran Suruhanjaya;

(iii) melabur modal dalam pasaran barangan atau apa-apa jenis barangan yang ada dan diadakan dari semasa ke semasa;

(iv) melabur modal dalam perbadanan-perbadanan dan syarikat-syarikat FELDA dan syarikat-syarikat lain;

(v) melabur modal dalam pasaran modal dan kewangan; dan

(vi) mengadakan khidmat-khidmat pelaburan atau khidmat nasihat pelaburan bagi kemudahan anggota dan bukan anggota;

(b) menjalankan aktiviti perladangan termasuk memajukan tanah untuk tujuan perladangan atau menguruskan ladang;

(c) menjalankan aktiviti berkaitan pengurusan dan pembangunan hartanah;

(d) menjalankan aktiviti pembalakan dan industri kayu-kayan;

(e) menjalankan aktiviti perindustrian dan pelancongan;

(f) menjalankan aktiviti kredit dan pembiayaan secara patuh syariah kepada anggota, subsidiari dan syarikat bersekutu;

(g) menjalankan aktiviti berkaitan perkhidmatan agensi;

(h) menjalankan aktiviti berkaitan perkhidmatan termasuk percetakan, pengiklanan dan restoran;

(i) menjalankan aktiviti perbankan, kewangan dan perkhidmatan pajak gadai secara patuh syariah;

(j) menjalankan aktiviti kontrak dan pembekalan;

(k) menjalankan perniagaan import dan eksport;

(l) menjalankan perniagaan perlombongan dan kejuruteraan;

(m) menjalankan operasi pelabuhan, perkapalan pengangkutan dan perkhidmatan pergudangan;

(n) menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan;

(o) membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih;

(p) melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;

(q) mengadakan subsidiari di bawah seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya;

(r) menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain; dan

(s) mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan.

 

     
 
(2) Bagi menjayakan aktiviti menurut fasal (1), Koperasi boleh mendapatkan-

(a) modal dengan cara mengumpul syer, deposit, pembiayaan atau simpanan khas daripada anggota; dan

(b) deposit atau pinjaman daripada bukan anggota dengan kelulusan Suruhanjaya menurut perenggan 50(e), subsekyen 52(2), seksyen 52A Akta dan Peraturan.

(3) Bagi mengendalikan sesuatu aktiviti menurut fasal (1), Lembaga hendaklah membuat aturan aktiviti yang sesuai yang diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan dan satu salinan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari selepas diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan itu.
 
(4) Bagi melaksanakan skim berhubung dengan simpanan khas, deposit atau pembiayaan, menurut Peraturan, Lembaga hendaklah- 
 
(a) menyediakan suratcara berasingan yang menyatakan dengan jelas terma dan syarat-syarat bagi skim tersebut;
 
(b) mengemukakan suratcara skim itu kepada mesyuarat agung perwakilan untuk kelulusan; dan
 
(c) mengemukakan satu salinan suratcara yang diluluskan itu kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari selepas diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan itu.
 
 

(5) Walau apa pun peruntukan Undang-undang Kecil ini, setiap aktiviti yang hendak dijalankan adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain.