Bahagian 4  
Undang-undang Kecil
 
KEANGGOTAAN
1.
Anggota-anggota  Koperasi  ini  terdiri daripada  sekelian   mereka   yang turut sama dalam permohonan untuk  mendaftarkan Koperasi ini dan  mereka yang diterima menjadi anggota selepas pendaftaran mengikut Peraturan dan  Undang-undang kecil ini dari semasa ke semasa.
 
Anggota
 

     
     
2.
(1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada entiti-entiti berikut:-
 
Kelayakan menjadi anggota
 

 
a.
Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada lapan belas tahun dan berkelakuan baik.
b.
Koperasi-koperasi peneroka Felda.
c.
Kakitangan-kakitangan Felda yang sedang bertugas, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada lapan belas tahun dan berkelakuan baik.
d.
Kakitangan-kakitangan Felda yang sudah bersara yang warganegara Malaysia dan sudah menjadi anggota Koperasi sebelum bersara.
e.
Koperasi-koperasi kakitangan Felda.
 
     
     
3.

(2) Menurut seksyen 26 dan 27 Akta, seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini

 mestilah:

 
Aktiviti-aktiviti
 

 
a.
Warganegara Malaysia
b.
Telah mencapai umur lapan belas tahun
c.
Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini dan
d.
Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh  satu tahun
 
     
     
4.

Permohonan  menjadi  anggota   hendaklah   dibuat   dalam  borang  rasmi Koperasi

ini dan di alamatkan kepada setiausaha.

 
Permohonan menjadi anggota

     
5.
a.
(1)Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak lima ringgit bagi anggota individu dan lima puluh ringgit bagi anggota terdiri dari koperasi-koperasi. Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
b.
(2) Penama atau wakil yang sah menurut seksyen 24 Akta kepada anggota yang mati, jika layak menurut Undang-undang kecil 10 dan memohon untuk menjadi anggota dalam masa tiga bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk.
c.
(3) Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.
 
Fi masuk

     
6.
a.
(1)Menurut subperaturan 10(1) Peraturan, seseorang  yang memohon untuk menjadi anggota hendaklah diminta menandatangani suatu ikrar   bahawa  dia akan terikat dengan Undang-undang kecil ini dan aturan-aturan aktiviti yang sedia ada dan apa-apa pindaan kepada Undang-undang kecil dan aturan-aturan tersebut, yang dibuat dengan sah semasa tempoh  keanggotaannya, dan bahawa dia bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan atau seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar dan dia tidak pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.  Mana-mana pemohon yang enggan menandatangani ikrar tersebut tidak boleh diterima menjadi anggota.
b.
(2) Menurut subperaturan 10(2) Peraturan, seseorang yang telah menjadi anggota dengan  sebab turut sama dalam membuat permohonan bagi pendaftaran Koperasi ini dikehendaki menandatangani ikrar yang serupa dalam masa empat puluh lima hari selepas diterima perakuan pendaftaran Koperasi.
 
Ikrar anggota

     
7. Permohonan  menjadi  anggota  hendaklah   dipertimbangkan   oleh  Lembaga dalam mesyuaratnya yang  boleh  menerima atau  menolak sesuatu permohonan itu tanpa  menyatakan  sebab-sebabnya.  Seseorang  yang  diterima  menjadi anggota hendaklah diberitahu secara bertulis tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas penerimaannya itu.  
Penerimaan menjadi anggota

     
8.
Menurut  seksyen 28 Akta, tiap-tiap  anggota-anggota  yang  telah menjelaskan bayaran penuh seratus ringgit syer bagi anggota perseorangan dan seribu ringgit syer bagi koperasi anggota, bolehlah melaksanakan segala  hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota sebagaimana  yang terkandung di dalam Undang-undang kecil ini.
 
Perolehan hak, kewajipan dan liabiliti anggota

     
9. Tiap-tiap  anggota   hendaklah   diberi   dengan  percuma   satu  naskhah  Undang-undang kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.  
Pemberian Undang-undang kecil

     
10.
a.
(1) Tiap-tiap  anggota yang bukan Muslim hendaklah, dengan mengisi  satu borang rasmi Koperasi ini, di hadapan sekurang-kurangnya dua saksi yang mengakusaksikan perkara yang sama atau dengan suatu akuan yang dibuat sewajarnya, menamakan seorang atau lebih  daripada seorang  sebagai penama yang kepadanya syer atau kepentingan anggota itu  atau nilai syer  atau kepentingan itu atau apa-apa wang lain yang disebut dalam seksyen 24 Akta yang  kena  dibayar  kepada  anggota  itu  boleh,  dengan   kematian  anggota itu, dipindahkan atau dibayar menurut seksyen tersebut itu, dan anggota itu boleh dengan cara yang sama dari semasa ke semasa membatalkan atau menukar penamaan tersebut. Dalam hal-hal sedemikian, nilai syer atau kepentingan anggota itu hendaklah sama dengan jumlah  wang yang sebenarnya dibayar oleh anggota itu untuk memperolehi syer atau kepentingan tersebut itu sebagaimana yang dinyatakan di bawah subperaturan 7(1) Peraturan.
b.
(2) Tiap-tiap anggota Muslim hendaklah dengan cara yang sama seperti yang diperuntukkan dalam fasal (1) Undang-undang kecil ini  menamakan seorang wasi  dari kalangan waris-waris terdekat yang mutlak tassarrufnya untuk menerima setelah dia mati wang-wang yang terhak baginya di dalam Koperasi ini bagi diagihkan kepada waris-waris yang berhak mengikut hukum Islam dan hendaklah memberitahu Koperasi akan perubahan-perubahan, jika ada, mengenai penamaan itu.
c.
(3) Tertakluk kepada Undang-undang kecil 10, seseorang penama atau wasi bagi maksud subperaturan 7(3) Peraturan, bolehlah diterima menjadi anggota dan penama atau wasi yang demikian itu hendaklah dianggap telah menjadi anggota mulai tarikh anggota yang digantikannya itu diterima sebagai anggota.
 
Penama

 
 
 
11.
a. (1) Liabiliti  seseorang anggota terhadap hutang-hutang Koperasi  ini   sekiranya  pendaftaran   Koperasi  ini  dibatalkan hendaklah terhad kepada jumlah syer  yang dimilikinya.
b.
(2) Liabiliti seseorang bekas anggota terhadap hutang-hutang Koperasi yang ada pada tarikh keanggotaannya terhenti hendaklah tidak berterusan lebih daripada dua tahun dari tarikh itu seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 35(1) Akta.
c.
(3) Harta pusaka seseorang anggota yang telah mati hendaklah menurut subseksyen 35(2) Akta, tidak bertanggungan bagi hutang-hutang Koperasi yang ada pada tarikh kematiannya itu lebih  daripada dua tahun dari tarikh itu.
 
Liabiliti anggota

 
 
 
12. 
Menurut     peruntukan   seksyen-seksyen  26,  27  dan  29 Akta,  seseorang   anggota
 akan hilang kelayakannya sebagai anggota jika dalam masa menjadi anggota  dia:
 
Hilang kelayakan sebagai anggota

 
a.
Hilang kewarganegaraan; atau
b.
Hilang keupayaan dari segi mental; atau
c.
Diisytiharkan bankrap; atau
d.
Disabitkan atas sesuatu kesalahan boleh daftar; atau
e.
Dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu; atau
f.
Tidak lagi bermastautin atau memiliki tanah atau bekerja dalam  kawasan operasi Koperasi.
 
     
13.
a.
(1) Keanggotaan  seseorang   anggota   terhenti  atas  sebab-sebab di bawah ini,  mengikut mana yang berkenaan:
 
 
 
 
a.
Mati; atau
b.
Menarik diri mengikut Undang-undang kecil 21; atau
c.
Dibuang mengikut Undang-undang kecil 22; atau
d.
Meletakkan jawatan jika ianya sesorang kakitangan atau;
e.
Berhenti menjadi peneroka atau;
f.
Dipecat mengikut seksyen 22, Akta Tanah (Kawasan    Penempatan Beramai-ramai), 1960 sebagaimana yang dipinda oleh Akta Tanah (Kawasan Penempatan   Beramai-ramai [Pindaan] ), 1965 atau;
g.
Dipecat atau disuruh berhenti oleh majikan atau;
h.
Dibubarkan ataupun terbatal pendaftaran bagi koperasi yang menjadi anggota koperasi ini.
 
 
b. (2) Lembaga hendaklah menyingkir seseorang anggota yang:
 
a.
Didapati membuat ikrar palsu di bawah Undang-undang kecil 13; atau
b.
Menurut peraturan 11 Peraturan, hilang kelayakan sebagai anggota di bawah  Undang-undang kecil 19; atau
c.
Terhenti keanggotaannya di bawah perenggan (c) dan (d) fasal (1) Undang-undang kecil ini.
 
Terhenti menjadi anggota

     
14.
a.
(1) Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis  bertulis  dua belas bulan  terlebih  dahulu  kepada  Lembaga. Atas sebab-sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan  penarikan diri dalam masa yang singkat.
b.
(2) Melainkan tarikh lebih awal dipersetujui oleh Lembaga, maka keanggotaan anggota itu hendaklah terhenti hanya pada hari genap tempoh notisnya.
c.
(3) Dalam tempoh notis itu, anggota yang demikian hendaklah masih mempunyai hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota.
 
Menarik diri

     
15.
a.
(1) Jika  seseorang  anggota   melanggar  mana-mana   peruntukan Undang-undang kecil  ini atau  melakukan mana-mana  satu daripada perbuatan-perbuatan berikut:
 
a.
Merujukkan  pertikaian atau aduan kepada mana-mana orang selain daripada Ketua Pendaftar;
b.
Membuat  kenyataan  dalam akhbar  atau mana-mana media massa mengenai Koperasi ini tanpa kebenaran Lembaga;
c.
Membuat  tuduhan palsu ke atas anggota lembaga atau anggota-anggota atau bekas anggota atau pekerja Koperasi ini sehingga menyebabkan anggota-anggota berpecah belah dan berpuak-puak;
d.
Memburuk-burukkan  Koperasi  sehingga  mencemarkan nama baik dan menjejaskan urusan perniagaan Koperasi ini; atau
e. Bertindak di luar etika mesyuarat agung sehingga menjejaskan perjalanan mesyuarat itu, dia hendaklah dianggap telah bertindak dengan cara yang memudaratkan kepentingan Koperasi ini dan bolehlah digantung keanggotaannya.
b.
(2) Keputusan untuk menggantung keanggotaan seseorang anggota boleh dibuat oleh lembaga hanya setelah anggota yang berkenaan itu diberitahu secara bertulis mengenai tuduhan yang jelas terhadapnya dan diberi peluang  untuk menyatakan sebab-sebab mengapa keanggotaannya tidak boleh digantung.
c.
(3) Tiap-tiap kes penggantungan hendaklah dibentangkan kepada mesyuarat agung perwakilan yang terawal dan dijadikan sebagai agenda pertama, dan anggota yang digantung keanggotaannya itu hendaklah diberitahu secara bertulis tidak kurang daripada lima belas hari sebelum diadakan mesyuarat, tentang tarikh, masa, tempat dan haknya untuk membela diri akan dijalankan di mesyuarat itu.
d.
(4) Sebelum mengesahkan atau mengetepikan penggantungan itu, mesyuarat agung perwakilan hendaklah mendengar penjelasan anggota yang digantung oleh Lembaga itu, jika dia memilih untuk memberi penjelasan, dan keanggotaannya tidak lucut melainkan jika mesyuarat agung perwakilan dengan undi dua pertiga daripada anggota yang hadir membuat keputusan membuangnya.
e.
 (5) Sehingga  perkara  penggantungan keanggotaannya  diputuskan oleh mesyuarat agung perwakilan, anggota yang berkenaan itu tidak mempunyai apa-apa hak dan kewajipan sebagai anggota melainkan hak menyuarakan hal penggantungan keanggotaannya itu di dalam mesyuarat agung.
 
 
Pembuangan oleh mesyuarat agung perwakilan

     
16.
a.
(1) Jika  seseorang  anggota    terhenti   daripada    menjadi   anggota Koperasi  ini   mengikut   Undang-undang  kecil  20, semua wang kepunyaannya   melainkan   nilai  syer  miliknya   setelah   ditolak hutangnya dengan Koperasi ini hendaklah:
 
a.
Sekiranya dia dibuang, dikembalikan kepadanya dengan segera tanpa apa-apa syarat;
b.
Sekiranya dia hilang keupayaan dari segi mental dan tiada pentadbir bagi pusakanya atau tiada pemegang amanah bagi hartanya yang telah dilantik, dikembalikan kepada sesiapa yang difikirkan wajar untuk menerima bagi pihaknya sebaik sahaja penerima itu ditentukan;
c.
Sekiranya dia mati, dikembalikan  kepada penamanya atau warisnya atau wakilnya yang sah mengikut seksyen 24 Akta.  Disyaratkan bahawa bagi seseorang anggota Muslim, pengembalian tidak boleh dibuat melainkan kepada wakilnya yang sah atau kepada Pegawai Pentadbir Pusaka jika selepas enam  bulan dari tarikh kematiannya, wakilnya yang sah tidak dapat dipastikan atau telah tidak dilantik; atau
d.
Sekiranya dia menarik diri, dikembalikan kepadanya selepas akhir tempoh notis; atau
e.
Sekiranya dia tidak lagi bermastautin atau mempunyai tanah atau bekerja dalam kawasan operasi, dikembalikan kepadanya dengan segera
b.

(2) Penyelesaian mengenai syer-syer seseorang  yang terhenti keanggotaannya sebagaimana yang ditentukan dalam akaun teraudit terakhir Koperasi ini hendaklah tertakluk kepada peruntukan Undang-undang kecil 54 dan 55.