Bahagian 5  
Undang-undang Kecil
 
ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI
 
1.
a.
(1) Tertakluk  kepada peruntukan-peruntukan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil, kuasa  tertinggi bagi  Koperasi  ini  hendaklah   terletak hak   kepada   mesyuarat agung  perwakilan mengikut seksyen 36 Akta.  Di dalam  mesyuarat  ini, setiap perwakilan yang layak  di bawah  Undang-undang Kecil ini berhak hadir dan mempunyai satu undi.
   
b.
(2) Mesyuarat agung perwakilan hendaklah terbahagi kepada dua  jenis iaitu mesyuarat agung perwakilan tahunan dan mesyuarat agung perwakilan khas.
 
Mesyuarat agungperwakilan

     
2.
a.
(1)Bagi maksud seksyen 37 Akta, Lembaga boleh menentukan kawasan-kawasan mesyuarat dan memanggil satu mesyuarat agung di tiap-tiap kawasan untuk memilih perwakilan ke mesyuarat agung perwakilan. Kawasan-kawasan Koperasi, bagi maksud pemilihan perwakilan ke Mesyuarat Agung akan dibahagikan kepada beberapa wilayah yang akan ditentukan oleh Lembaga.  Kawasan-kawasan ini seboleh-bolehnya akan mengikut wilayah di dalam susunan pentadbiran Felda
   
b.
(2) Lembaga hendaklah menguruskan untuk mengadakan satu mesyuarat agung kawasan sekurang-kurangnya dua tahun sekali untuk memilih perwakilan-perwakilan
   
c.
(3) Bilangan  perwakilan  yang  dipilih hendaklah seperti berikut:
 
a.
Seorang perwakilan bagi sesuatu kawasan akan dipilih berasaskan tiap-tiap dua ratus orang anggota seorang wakil;
b.
Mesyuarat juga akan memilih tidak kurang daripada lima orang anggota dan tidak lebih daripada sepuluh orang anggota sebagai perwakilan ganti.
c.
Sesebuah koperasi anggota berhak menghantar seorang wakil;
   
d.
(4) Lembaga hendaklah memberi notis sekurang-kurangnya lima belas hari kepada semua anggota yang tinggal di dalam sesuatu kawasan sebelum mesyuarat agung kawasan diadakan dan notis itu hendaklah menyatakan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat.  Notis ini hendaklah disampaikan berasingan melalui pos atau dengan cara lain yang munasabah, mengikut keputusan Lembaga  kepada  tiap-tiap  anggota  di alamatnya yang terakhir didaftarkan di pejabat Koperasi ini atau disiarkan di dalam satu atau lebih media massa.
   
e.
(5) Hanya anggota-anggota yang telah menjelaskan bayaran menurut Undang-undang kecil 15 pada tiga bulan sebelum tarikh mesyuarat agung kawasan, berhak menerima notis untuk menghadiri  mesyuarat agung kawasan dan berhak mempunyai satu undi dan layak menjadi seorang perwakilan ke sesuatu mesyuarat agung perwakilan.
   
f.
(6) Seorang perwakilan akan kekal menjadi perwakilan selagi dia menjadi anggota, sehingga mesyuarat agung kawasan yang akan datang untuk memilih perwakilan-perwakilan baru.  Sekiranya perwakilan itu berhenti menjadi anggota atau menarik diri menjadi perwakilan atau berpindah kawasan, maka hilanglah hak perwakilan kawasan yang berkenaan dan tempatnya akan digantikan oleh seorang perwakilan ganti yang akan ditentukan oleh Lembaga.
   
g.
(7) Tidak ada kuorum ditentukan bagi mengadakan sesuatu mesyuarat agung kawasan
   
h.
(8) Lembaga  akan mempengerusikan sesuatu mesyuarat di peringkat kawasan yang akan diadakan dan anggota-anggota yang hadir dalam mesyuarat agung kawasan hendaklah memilih seorang setiausaha untuk merekodkan segala butir-butir mesyuarat. Minit mesyuarat yang mengandungi nama-nama perwakilan dan perwakilan ganti hendaklah ditandatangani oleh pengerusi dan setiausaha mesyuarat yang dipilih oleh anggota-anggota itu dan hendaklah dikirimkan kepada Setiausaha dalam masa lima belas hari dari tarikh mesyuarat diadakan.
   
i.
(9) Seseorang anggota tidak boleh melantik wakil untuk hadir atau mengundi bagi pihaknya  dalam suatu mesyuarat agung kawasan
   
j.
(10) Seseorang anggota Lembaga atau seseorang anggota Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah dianggap sebagai seorang perwakilan dalam mesyuarat agung perwakilan.  Seseorang anggota lembaga atau seseorang anggota Jawatankuasa Audit Dalaman yang akan mengosongkan jawatan hendaklah tetap menjadi seorang perwakilan dalam mesyuarat agung perwakilan tahunan yang diadakan untuk memilih penggantinya sehingga tamatnya mesyuarat itu.
   
k.
(11) Menurut seksyen 30 Akta, dalam mana-mana mesyuarat agung perwakilan setiap perwakilan mempunyai satu undi. Undi berwakil tidak dibenarkan.
   
l.
(12) Menurut  subperaturan 15(1) Peraturan, mesyuarat agung  kawasan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua bulan sebelum mesyuarat agung perwakilan tahunan dan hendaklah menimbangkan perkara-perkara berikut:
 
   
a.
Draf akaun atau jika ada akaun teraudit Koperasi;
b.
Belanjawan  tahunan  untuk  dibentangkan  di  dalam  mesyuarat  agung perwakilan tahunan;
c.
Cadangan  pindaan  kepada Undang-undang kecil dan aturan-aturan aktiviti, jika ada;
d.
Melantik perwakilan ke mesyuarat agung perwakilan; dan
e.
Usul daripada Lembaga dan anggota Koperasi, jika ada, yang diterima tujuh hari sebelum mesyuarat agung kawasan itu
 
Pemilihan perwakilan dan urusan mesyuarat agung kawasan
 

       
3. Mesyuarat  agung perwakilan tahunan menurut seksyen 39 Akta, hendaklah  diadakan tidak lewat daripada enam bulan  selepas  berakhirnya setiap tahun kewangan  
Mesyuarat agung perwakilan tahunan
 

     
4.
a.
(1) Lembaga pada bila-bila masa  boleh, dan apabila ada rekuisisi yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus perwakilan mengikut mana yang kurang hendaklah, memanggil suatu mesyuarat agung perwakilan khas  mengikut subseksyen 40(1) Akta
   
b.
(2) Ketua Pendaftar atau mana-mana orang yang diberikuasa oleh Ketua Pendaftar menurut subseksyen 40(2) Akta, boleh memanggil pada bila-bila masa suatu mesyuarat agung perwakilan khas, mengikut cara dan pada masa dan di tempat yang diarahkannya, dan boleh menentukan perkara-perkara yang hendaklah dibincangkan oleh mesyuarat itu, dan mesyuarat itu hendaklah mempunyai segala kuasa dan tertakluk kepada kaedah-kaedah yang sama seperti mesyuarat agung yang dipanggil mengikut Akta atau Undang-undang kecil ini.
 
Mesyuarat agung perwakilan khas

     
5.
a.
(1) Notis  bagi sesuatu mesyuarat agung perwakilan hendaklah diberi kepada  perwakilan-perwakilan  tidak  kurang  daripada  lima belas hari sebelum diadakan mesyuarat agung perwakilan itu.
   
b.
(2) Notis  ini  hendaklah   menentukan  tarikh,  masa, tempat dan agenda mesyuarat dan bagi mesyuarat agung perwakilan tahunan menurut subseksyen 59(2) Akta, hendaklah disertakan dengan akaun-akaun dan kunci kira-kira  Koperasi ini dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, yang teraudit dengan sewajarnya, anggaran belanjawan bagi tahun yang akan datang, laporan lembaga dan  laporan Jawatankuasa Audit Dalaman dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.  Satu salinan notis hendaklah dipamerkan di pejabat Koperasi ini dan sebagai tambahan boleh juga diterbitkan di dalam mana-mana akhbar tempatan.
   
c.
(3) Bagi maksud seksyen 41 Akta, Lembaga hendaklah memberi kepada Ketua Pendaftar notis bertulis yang mengandungi maklumat tentang tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat agung perwakilan yang akan diadakan oleh Koperasi tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum diadakan mesyuarat agung itu.
 
Notis mesyuarat agung perwakilan

     
6.
a.
(1) Tertakluk  kepada  fasal (2) dan fasal  (3)  undang - undang  kecil  ini, kuorum bagi  sesuatu  mesyuarat  agung  perwakilan  bagi apa-apa maksud menurut peraturan 13 Peraturan,   hendaklah   satu   pertiga daripada  jumlah perwakilan.
   
b.
(2) Bagi sesuatu mesyuarat agung perwakilan khas di bawah fasal (2) Undang-undang kecil 27 yang ditunda, apa-apa bilangan perwakilan melebihi tiga orang yang hadir hendaklah dikira mencukupi kuorum akan tetapi keputusan-keputusan tidak boleh dibuat melainkan dengan kelebihan undi dua pertiga daripada perwakilan-perwakilan yang hadir itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subperenggan 13(b)(iii) Peraturan.
   
c.
(3) Kuorum bagi mesyuarat agung perwakilan kerana meminda Undang-undang kecil ini menurut subperaturan 6(1) Peraturan hendaklah dua pertiga dari jumlah perwakilan.
 
Kuorum mesyuarat agung perwakilan
 

     
7. Semua   perbahasan  kecuali  yang   berkaitan  dengan   pindaan Undang-undang  Kecil  hendaklah  diputuskan  dengan  majoriti mudah undi perwakilan-perwakilan yang hadir sebagaimana di dalam daftar kehadiran.  Jika undi sama banyak, maka usul yang diundi itu hendaklah disifatkan kalah. Perwakilan-perwakilan yang berkecuali dianggap tidak menyokong usul tersebut.  Pengerusi mesyuarat tidak mempunyai undi pemutus sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 30(1) Akta  
Undi mesyuarat agung perwakilan

     
8.
a.
(1) Jika  selepas tiga puluh minit dari waktu  yang ditetapkan  bagi  sesuatu  mesyuarat itu bilangan perwakilan yang hadir masih belum mencukupi kuorum, maka mesyuarat agung perwakilan itu:
 
   
a.
Jika dipanggil atas permintaan perwakilan-perwakilan hendaklah dibatalkan; atau
b.
Jika dipanggil dengan kehendak Lembaga atau di bawah subseksyen 40(2) Akta, hendaklah ditunda kepada satu tarikh lain tidak kurang daripada tujuh hari dan tidak lebih daripada empat belas hari ke hadapan dan notis mengenai penundaannya hendaklah diposkan dalam tempoh empat puluh lapan jam dari waktu asal yang ditetapkan bagi mesyuarat itu.
   
b.
(2) Perkara-perkara yang telah dicadangkan bagi mesyuarat agung yang ditunda hendaklah dibincangkan pada mesyuarat tertunda itu.  Jika ada apa-apa perubahan dibuat kepada perkara-perkara yang telah dicadangkan itu, maka notis menurut fasal (1) Undang-undang kecil 28 hendaklah diberi kepada tiap-tiap perwakilan bagi mesyuarat tertunda itu.
 
Tundaan mesyuarat agung perwakilan

     
9.
(1) Menurut peraturan 12 Peraturan, urusan-urusan berikut hendaklah dijalankan oleh mesyuarat  agung perwakilan, iaitu:
a.
Mengesahkan   minit   mesyuarat agung perwakilan tahunan yang terdahulu   dan   mana-mana   mesyuarat   agung perwakilan khas yang berselang;
   
b.
Menimbang laporan-laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman dan pandangan Ketua Pendaftar mengenai akaun-akaun teraudit dan laporan Lembaga Koperasi ini, (jika pandangan Ketua Pendaftar yang berkaitan dengannya yang disebutkan di bawah subperaturan 30(1) dan (2) dan perenggan 59(1)(e) Akta belum lagi diterima oleh Koperasi, pandangan tersebut hendaklah dibentangkan di mesyuarat agung perwakilan tahunan berikutnya;
   
c.
Menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit Koperasi dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, cadangan pembahagian keuntungan  dan laporan juruaudit Koperasi ini;
   
d.
Memilih anggota-anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman;
   
e.
Menimbang dan meluluskan bajet tahunan bagi tahun kewangan yang akan datang;
   
f.
Meluluskan elaun-elaun kepada anggota-anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman dan saraan kepada anggota-anggota Lembaga yang dilantik sebagai pengarah bagi subsidiari atau subsidiari-subsidiari Koperasi ini, jika ada;
   
g.
Meluluskan suatu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua dan tidak lebih daripada empat firma audit untuk dipilih salah satu daripadanya bagi mengaudit akaun-akaun koperasi;
   
h.
Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan daripada wang berlebihan Koperasi ini;
   
i.
Menetapkan had maksimum keterhutangan Koperasi ini;
   
j.
Melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang perwakilan dan empat orang anggota Lembaga termasuk pengerusi untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung perwakilan tahunan itu;
   
k.
Mengisytihar atau menerbitkan syer-syer bonus;
   
l.
Mendengar,  menimbang  atau memutuskan apa-apa urusan lain Koperasi ini yang baginya suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan;
   
m.
Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada Undang-undang kecil Koperasi ini;
   
n.
Mendengar dan  memutuskan apa-apa aduan daripada mana-mana anggota yang terkilan dengan sesuatu keputusan Lembaga, dengan syarat suatu notis yang tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan kepada Koperasi mengenainya;
   
o.
Meluluskan apa-apa perbelanjaan bagi perlantikan orang-orang yang kompeten bagi membantu Jawatankuasa Audit Dalaman; dan
   
p.
Menimbang dan meluluskan apa-apa laporan yang hendak dikemukakan menurut kehendak Akta dan Peraturan.
 
Perkara-perkara yang diputuskan oleh mesyuarat agung perwakilan

 
   
b.
(2) Perkara-perkara di dalam perenggan (a),(b),(c),(d) dan (e) fasal (1) Undang-undang kecil ini hendaklah diputuskan di dalam mesyuarat agung perwakilan tahunan
   
c.
(3) Minit bagi sesuatu mesyuarat agung perwakilan hendaklah dicatatkan di dalam buku minit mesyuarat yang berkenaan dan satu salinannya hendaklah diserahkan kepada Ketua Pendaftar dalam masa tiga puluh hari selepas tarikh mesyuarat agung perwakilan itu, menurut perenggan 14(b) Akta
   
d.
(4) Semua usul hendaklah dibuat secara bertulis kepada Lembaga. Tiada usul tergempar boleh dibenarkan dalam mesyuarat agung perwakilan itu.
   
 
10.
a.
(1) Pengerusi Koperasi akan mempengerusikan sesuatu mesyuarat agung perwakilan.  Jika Pengerusi Koperasi tidak hadir, Naib Pengerusi Koperasi akan mempengerusikan mesyuarat agung perwakilan itu. Jika kedua‑dua Pengerusi dan Naib Pengerusi Koperasi tidak hadir, maka perwakilan yang hadir akan memilih seorang dikalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat agung perwakilan tersebut.
   
b.
(2) Pengerusi    dengan    persetujuan    mesyuarat  bolehlah dan, jika dikehendaki demikian oleh mesyuarat itu, hendaklah menangguhkan mesyuarat agung perwakilan itu dari satu masa ke satu  masa yang lain dan dari satu tempat ke satu  tempat yang lain dalam kawasan operasi Koperasi tetapi mesyuarat yang ditangguhkan itu tidak boleh menjalankan apa-apa urusan lain selain daripada urusan mesyuarat yang asal.  Notis tidaklah perlu bagi mesyuarat yang ditangguhkan itu
 
Pengerusi mesyuarat agung perwakilan

 
 
 
11.
a.
(1) Pengelolaan hal-ehwal  Koperasi  ini   menurut perenggan 42(a) Akta, hendaklah  terserah  kepada  satu Lembaga yang mengandungi dua belas orang yang  terdiri  daripada   perwakilan-perwakilan yang dipilih oleh mesyuarat agung perwakilan menurut perenggan (d) fasal (1) Undang-undang kecil 32 dan Undang-undang kecil 36
   
b.
(2) Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Koperasi hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang dicalon oleh Felda.
 
Pengelolaan Koperasi dan pengurusan
 

 
 
 
12.
(1) Seseorang perwakilan tidak layak untuk dipilih menjadi anggota Lembaga, menurut seksyen 43 Akta, jika dia:
 
Ketaklayakan menjadi anggota Lembaga
 

 
a.
Telah disabitkan  atas  suatu  kesalahan  di  bawah  Akta; atau
b.
Telah dipecat sebagai pekerja sesuatu koperasi berdaftar; atau
c.
Telah dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Audit Dalaman  bagi Koperasi ini; atau
d.
Ada kepentingan diri dalam mana-mana aktiviti yang diusahakan oleh Koperasi ini; atau
e.
Selepas dua tahun Koperasi didaftarkan , belum genap tempoh dua tahun  menjadi anggota Koperasi ini.
 
     
13.
a.
(1) Satu  pertiga  daripada  bilangan  anggota Lembaga yang dipilih di bawah  Undang-undang kecil 34 hendaklah menurut peraturan 16 Peraturan, mengosongkan jawatan mereka secara bergilir-gilir  pada  tiap-tiap  mesyuarat agung perwakilan tahunan. Mana-mana anggota yang mengosongkan jawatannya di bawah Undang-undang kecil ini boleh dilantik semula.
   
b.
(2) Mana-mana kekosongan dalam Lembaga hendaklah dalam tempoh enam puluh hari dari hari berlakunya kekosongan itu diisi oleh Lembaga dengan melantik mana-mana perwakilan yang berkelayakan menurut Undang-undang kecil 35.  Anggota yang dilantik demikian hendaklah berkhidmat sehingga mesyuarat agung perwakilan tahunan yang akan datang.
 
Tempoh memegang jawatan

     
14.
a.
(1) Seseorang anggota Lembaga akan lucut jawatannya dengan serta-merta jika dia:
 
   
a.
Disabitkan atas kesalahan  boleh daftar atau kesalahan di bawah Akta atau Peraturan; atau
   
b.
Menerima apa-apa perlantikan tetap yang bergaji dalam koperasi ini; atau
   
c.
Tidak hadir di dalam mesyuarat tiga kali berturut-turut,  melainkan dengan sebab-sebab yang boleh diterima oleh Lembaga yang telah dimaklumkan terlebih dahulu; atau
   
d.
Hilang kelayakan sebagai anggota menurut Undang-undang kecil 19.
   
b.
(2) Menurut  subseksyen 47(1) Akta, seseorang anggota Lembaga hendaklah digantung dari jawatannya jika:
 
   
a.
Sesuatu langkah perbicaraan diambil terhadap anggota  itu mengenai sesuatu kesalahan  boleh daftar atau sesuatu kesalahan di bawah Akta atau Peraturan; atau
   
b.
Majoriti anggota-anggota Lembaga berpuas hati bahawa anggota itu telah bertindak dengan cara yang memudaratkan kepentingan Koperasi ini menurut subperaturan 20(1) Peraturan.
   
c.
(3) Tiap-tiap kes penggantungan di bawah perenggan (b) fasal (2) Undang-undang kecil ini, hendaklah didengar oleh mesyuarat agung perwakilan yang terawal diadakan selepas penggantungan itu dan anggota yang digantung jawatannya oleh Lembaga itu hendaklah diberi kesempatan untuk memberi penjelasannya menurut subperaturan 20(4), dan hendaklah tertakluk kepada pengesahan atau pengetepian oleh majoriti perwakilan-perwakilan yang hadir di dalam mesyuarat agung  itu menurut subperaturan 20(3) Peraturan.
   
d.
(4) Anggota yang dilucutkan atau digantung jawatannya hendaklah dengan serta-merta diberitahu secara bertulis dan, menurut subperaturan 20(2) Peraturan, hendaklah dengan segera berhenti daripada menjalankan segala hak dalam pengurusan atau pentadbiran hal-ehwal Koperasi ini.
 
Lucut dan penggantungan jawatan

     
15.
a.
(1) Walau apa pun peruntukan fasal (1) Undang-undang kecil 36, mesyuarat agung perwakilan hendaklah mempunyai kuasa menurut subperaturan 16(2) Peraturan, untuk menamatkan perlantikan mana-mana anggota lembaga yang dipilih di bawah Undang-undang kecil 34 daripada jawatannya pada bila-bila masa  dan memilih gantinya atau menamatkan perlantikan kesemua anggota Lembaga itu dan memilih anggota-anggota Lembaga yang baru dengan syarat bahawa usul secara bertulis untuk menamatkan perlantikan anggota Lembaga itu hendaklah disampaikan kepada Koperasi sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum mesyuarat agung perwakilan itu diadakan.
   
b.
(2) Keputusan  untuk  menamatkan  perlantikan seseorang  atau  kesemua anggota Lembaga hanya boleh dibuat selepas mesyuarat agung perwakilan itu mendengar penjelasan anggota atau anggota-anggota yang terlibat.
   
c.
(3) Anggota Lembaga yang ditamatkan perlantikannya di bawah Undang-undang kecil ini tidak boleh dilantik semula sehingga mesyuarat agung tahunan yang akan datang.

Menamatkan perlantikan  oleh mesyuarat agung perwakilan

     
16.
a.
(1) Mesyuarat  Lembaga  yang  pertama selepas mesyuarat agung perwakilan tahunan hendaklah diadakan sebaik sahaja selesai mesyuarat agung itu.
   
b.
(2)  Mesyuarat Lembaga yang berikutnya hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh  dua bulan.
   
c.
(3) Mesyuarat Lembaga hendaklah juga diadakan sekiranya Ketua   Pendaftar mengeluarkan arahan atau jika enam orang anggota Lembaga membuat permintaan dengan bertulis menyatakan perkara-perkara yang hendak dibincangkan.
 
Mesyuarat Lembaga

     
17.
Kuorum bagi mesyuarat Lembaga hendaklah enam orang  
Kuorum mesyuarat Lembaga

     
18.
Urusan-urusan mesyuarat Lembaga hendaklah termasuk:  
Urusan mesyuarat Lembaga

 
a.
Mengesahkan minit  mesyuarat yang lalu;
b.
Membincangkan Perkara-Perkara Berbangkit;
c.
Mengkaji, membincang, menimbang dan, di mana berkenaan, memutuskan perkara-perkara berikut:
 
   
a.
keputusan-keputusan mesyuarat agung dan  menentukan  tindakan-tindakan;
b.
laporan Jawatankuasa Audit Dalaman;
c.
Laporan pengurusan termasuk pengurusan buku-buku;
d.
permohonan menjadi anggota Koperasi;
e.
permohonan berhenti daripada menjadi anggota;
f.
permohonan pinjaman daripada anggota-anggota;
g.
permohonan menambah atau mengurangkan ansuran  pinjaman;
h.
permohonan menambah atau mengurangkan caruman yuran atau syer;
   
d.
membentang dan meluluskan akaun kewangan bulanan;
e.
mengkaji projek-projek Koperasi yang lama dan yang sedang dilaksanakan;
f.
mengkaji, membincang dan memutuskan cadangan projek-projek baru;
g.
mengkaji dan membincangkan:
 
   
a.
perkara-perkara perjawatan;
b.
program latihan kakitangan;
c.
program pendidikan anggota-anggota; dan
   
h.
menjalankan apa-apa urusan lain yang baginya notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan.
 
     
19.
a.
(1) Semua  usul dan cadangan  hendaklah  diputuskan dengan majoriti mudah undi anggota-anggota  Lembaga  yang  hadir.  Jika  undi sama banyak, maka usul atau cadangan yang diundi itu hendaklah disifatkan kalah atau gugur.
   
b.
(2) Seseorang anggota Lembaga tidak boleh mengundi dalam mana-mana perkara mengenai dirinya sendiri atau perkara yang di dalamnya ia ada kepentingan  peribadi.  Seseorang  anggota  Lembaga  yang  ada  kepentingan peribadi dalam apa-apa perkara yang akan dipertimbangkan oleh mesyuarat hendaklah mengisytiharkan sepenuhnya kepada Lembaga mengenai penglibatan atau kepentingan dirinya dalam perkara itu.
 
Undi anggota Lembaga

     
20.
a.
(1) Segala keputusan mesyuarat  Lembaga hendaklah  dalam tempoh tujuh hari dicatatkan  dalam  buku minit mesyuarat yang berkenaan dan   ditandatangani  oleh  setiausaha  mesyuarat itu dan hendaklah dalam tempoh empat belas hari dikelilingkan kepada anggota-anggota Lembaga. Minit-minit itu setelah disahkan dalam mesyuarat yang berikutnya hendaklah ditandatangani pula oleh pengerusi mesyuarat itu.
   
b.
(2)Minit bagi sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah diserahkan kepada Ketua Pendaftar tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas tarikh mesyuarat itu, menurut perenggan 14(b) Akta.
 
Buku minit mesyuarat Lembaga

     
21.
a.
(1) Menurut seksyen 44 Akta, Lembaga  pada umumnya adalah bertanggungjawab untuk memastikan pentadbiran  serta pengurusan Koperasi dikendalikan dengan teratur.
   
b.
(2) Melaksanakan tanggungjawab di bawah fasal (1) itu Lembaga hendaklah mempunyai kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipan yang berikut:
 
   
a.
melantik di antara anggota-anggotanya di dalam mesyuarat Lembaga yang diadakan di bawah fasal (1) Undang-undang kecil 39, seorang pengerusi, seorang setiausaha dan seorang bendahari;
   
b.
mengemukakan kepada Ketua Pendaftar suatu senarai anggota Lembaga yang mengandungi butir-butir seperti nama, alamat kediaman, nombor kad pengenalan, tarikh keanggotaan dan pekerjaan mengikut perenggan 14(a) Akta, dan memberitahu Ketua Pendaftar apa-apa perubahan tentang butir-butir berkenaan secara bertulis dalam tempoh empat belas hari dari tarikh berlakunya perubahan tersebut;
   
c.
menerima masuk anggota-anggota baru;
   
d.
meluluskan dan mengesahkan pemindahan dan penebusan syer-syer;
   
e.
jika perlu, melantik seorang pegawai yang bergaji tetap atau sebuah firma bagi menjalankan sebahagian daripada kewajipan setiausaha, disyaratkan pegawai yang dilantik itu tidak boleh menjadi anggota Lembaga;
   
f.
menyenggara dengan benar dan betulnya semua akaun bagi semua wang yang diterima dan yang dibelanjakan atas nama Koperasi;
   
g.
menyenggara dengan betulnya semua akaun berkenaan dengan aset-aset dan liabiliti-liabiliti Koperasi;
   
h.
membenarkan perbelanjaan-perbelanjaan dan menyemak serta mengawasi supaya semua akaun, buku daftar dan dokumen Koperasi yang disenggarakan itu diuruskan dengan sempurna dan dikemaskinikan;
   
i.
membentangkan kepada mesyuarat agung perwakilan tahunan akaun perdagangan, akaun untung rugi, penyata sumber-sumber dan penggunaan wang serta kunci kira-kira, laporan Lembaga berkenaan dengan kedudukan hal-ehwal Koperasi serta subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya yang telah dikemukakan untuk pandangan Ketua Pendaftar serta laporan juruaudit;
   
j.
membuat perakuan kepada mesyuarat agung perwakilan tahunan mengenai pembahagian keuntungan atau pengisytiharan syer bonus Koperasi;
   
k.
menimbangkan penyata-penyata dan surat-surat arahan Ketua Pendaftar atau wakilnya dan mengambil tindakan-tindakan yang sewajar ke atasnya;
   
l.
memenuhkan jawatan-jawatan kosong yang berlaku di dalam Lembaga, menggantung keanggotaan anggota-anggota dan anggota Lembaga serta melucutkan   jawatan-jawatan anggota Lembaga;
   
m.
memanggil mesyuarat agung perwakilan dan kawasan mengikut Undang-undang kecil;
   
n.
membuat perjanjian bagi mendapatkan pinjaman-pinjaman tertakluk kepada kelulusan mesyuarat agung perwakilan;
   
o.
dengan mengeluarkan surat-surat rasmi, melantik, menggantung, membuang kerja, menetapkan kewajipan pekerja-pekerja termasuk pengurus, menetapkan gaji dan bayaran-bayaran lain bagi mereka dan mendapatkan jaminan yang cukup bagi kesempurnaan menjalankan kewajipan mereka
p.
bertindak atas nama dan bagi pihak koperasi bagi   menyelesaikan segala pertikaian mengenai urusan Koperasi ini atau menerusi seseorang yang dilantik secara bertulis menjalankan atau memberhentikan mana-mana tindakan mahkamah;
   
q.
melabur wang berlebihan menurut keputusan mesyuarat agung perwakilan dan  tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan;
   
r.
mengkaji dan merancangkan projek-projek yang difikirkan akan memberi manfaat kepada anggota-anggota dan melaksanakan projek-projek itu mengikut keputusan mesyuarat agung perwakilan di mana perlu;
   
s.
menjalankan rancangan-rancangan atau projek-projek dan mempelawa anggota-anggota Koperasi ini mengambil bahagian dengan menyumbangkan modal tambahan atau simpanan khas sebagaimana yang dipersetujui;
   
t.
mengikat perjanjian atau memberi indemniti bagi pihak   Koperasi yang mana hendaklah dimeteraikan dengan mohor Koperasi dan   ditandatangani    oleh   pengerusi dan setiausaha atau bendahari atau seperti yang ditetapkan oleh Lembaga;
   
u.
melantik di antara anggota-anggotanya bagi menghadiri mesyuarat mana-mana koperasi yang Koperasi ini menjadi anggotanya;
   
v.
menubuhkan apa-apa Jawatankuasa jika perlu, bagi menjalankan dengan sempurnanya mana-mana aktiviti Koperasi dan mewakilkan kuasa kepadanya dari semasa ke semasa mengikut keputusan Lembaga;
   
w.
membuat aturan-aturan aktiviti dari semasa ke semasa bagi kesempurnaan perlaksanaan apa-apa aktiviti Koperasi dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan dan mengemukakan satu salinan kepada Ketua Pendaftar ;
   
x.
mencadangkan dengan secara dibutirkan satu persatu kepada mesyuarat agung perwakilan elaun-elaun kepada anggota-anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman dan saraan kepada anggota-anggota Lembaga yang dilantik sebagai pengarah bagi subsidiari atau subsidiari-subsidiari Koperasi, jika ada; dan
   
y.
melaksanakan kewajipan-kewajipan lain yang perlu  sebagaimana yang ditentukan di dalam Akta, Peraturan, Undang-undang kecil dan mesyuarat agung perwakilan.
 
Kuasa dan kewajipan Lembaga

     
22.
Pengerusi hendaklah menjalankan kewajipan-kewajipan yang berikut:
 
Kewajipan pengerusi

 
   
a.
mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga;
   
b.
menandatangani minit mesyuarat yang disahkan dan memperakui bersama   setiausaha melalui satu akuan yang ditarikhkan dan ditandatangani, cabutan-cabutan dan salinan-salinan dari rekod-rekod Koperasi  menurut peraturan 9 Peraturan;
   
c.
memanggil sendiri atau melalui setiausaha, mesyuarat-mesyuarat Lembaga bila-bila perlu;
   
d.
mengarahkan Jawatankuasa Audit Dalaman supaya mengaudit akaun Koperasi pada bila-bila masa dan melaporkan kepadanya;
   
e.
menandatangani bersama dua anggota Lembaga permohonan bagi didaftarkan pindaan kepada Undang-undang kecil dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan; dan
   
f.
menyelia secara am pentadbiran, hal ehwal dan pekerja Koperasi ini.
 
     
23.
a.
Setiausaha hendaklah menjalankan kewajipan-kewajipan yang berikut:
 
   
a.
memanggil dan menghadiri mesyuarat agung perwakilan, mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa dan menyampaikan segala laporan dan dokumen untuk pertimbangan mesyuarat-mesyuarat itu;
   
b.
merekodkan perjalanan dan meminitkan keputusan sesuatu mesyuarat;
   
c.
menyenggarakan dengan betul dan mengemaskinikan semua daftar anggota, daftar penama, buku-buku dan laporan-laporan yang dikehendaki oleh Lembaga;
   
d.
menjalankan kerja-kerja surat-menyurat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga;
   
e.
mengesahkan bersama pengerusi salinan-salinan segala perkara yang bertulis di dalam buku-buku Koperasi;
   
f.
menyimpan dan menjaga dengan selamatnya mohor  Koperasi; dan
   
g.
menjalankan apa-apa tugas lain yang ditentukan oleh Lembaga ke atasnya dari semasa ke semasa.
   
b.
(2) Kewajipan setiausaha di bawah fasal (1), kec uali yang dinyatakan di perenggan-perenggan (a), (b), (e) dan (f) Undang-undang kecil ini, bolehlah diwakilkan kepada pengurus jika seorang pengurus telah dilantik.
 
Kewajipan setiausaha

     
24.
a.
(1)  Bendahari hendaklah menjalankan kewajipan-kewajipan yang berikut:
 
   
a.
mengendalikan segala urusan perdagangan dan perindustrian Koperasi mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga;
b.
mengawasi kecekapan, tatatertib dan daya usaha semua pegawai dan pekerja Koperasi dalam menunaikan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka
c.
menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh Koperasi dan membuat pembayaran mengikut arahan-arahan Lembaga
d.
menyimpan ke dalam bank atas nama Koperasi semua wang  yang diterima dalam masa dua puluh empat jam daripada penerimaannya
e.
mengeluarkan resit-resit, menyediakan baucar-baucar  dan surat-surat lain mengikut arahan-arahan Lembaga
f.
menyimpan dalam Akaun Wang Runcit, wang sebanyak yang diluluskan oleh Lembaga untuk memenuhi perbelanjaan runcit dan perbelanjaan yang dibuat daripada akaun ini boleh diganti seberapa kerap yang perlu
g.
menyenggara dan menyimpan akaun-akaun Koperasi  dan menyediakan segala-galanya dengan sempurna dan kemaskini supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan;
h.
menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan Koperasi untuk dibentang dalam mesyuarat Lembaga;
i.
menyediakan anggaran belanjawan tahunan Koperasi dalam bentuk yang menyatakan dengan jelas segala butiran pendapatan dan perbelanjaan untuk ditimbang oleh Lembaga sebelum dibentangkan kepada mesyuarat agung perwakilan; dan
j.
menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan Koperasi yang benar dengan secara dibutirkan satu persatu bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga untuk dibandingkan dengan anggaran bagi tempoh berkenaan yang telah diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan.
   
b.
(2) Mana-mana satu atau lebih daripada kewajipan-kewajipan bendahari itu bolehlah, tertakluk kepada persetujuan Lembaga, diamanahkan kepada pengurus sekiranya seorang pengurus dilantik oleh Koperasi.
 
     
25.
a.
(1) Jawatankuasa  Audit  Dalaman  Koperasi ini menurut perenggan 42(b) Akta hendaklah mengandungi  tiga orang, terdiri daripada perwakilan  yang dipilih  oleh   mesyuarat  agung perwakilan tahunan menurut perenggan (d) fasal (1) Undang-undang kecil 32.
   
b.
(2) Sekurang-kurangnya dua orang hendaklah dipilih daripada anggota kakitangan yang bekerja di Ibu Pejabat Felda atau Kumpulan Felda.
 
Jawatankuasa Audit Dalaman

     
26.
Seseorang  perwakilan  tidak  layak  untuk  dipilih  menjadi  anggota Jawatankuasa Audit Dalaman menurut seksyen 43 Akta, jika ada:
 
Ketaklayakan menjadi Jawatankuasa Audit Dalaman

 
a.
telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta; atau
   
b.
telah dipecat sebagai pekerja mana-mana Koperasi;  atau
   
c.
telah menjadi anggota Lembaga Koperasi ini
 
     
27.
a.
(1) Semua   anggota   Jawatankuasa Audit  Dalaman  ini  hendaklah berhenti pada tiap-tiap mesyuarat agung perwakilan tahunan.
   
b.
(2) Kekosongan dalam Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pengosongan jawatan diisi oleh Jawatankuasa ini dengan melantik mana-mana perwakilan yang layak.
 
Tempoh memegang jawatan

     
28.
a.
( 1) Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah mempunyai kuasa yang diberi di bawah seksyen 49 Akta, untuk memeriksa segala rekod  perakaunan  dan  rekod lain yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan   Koperasi   ini  dan   subsidiari   atau  subsidiari-subsidiarinya   bagi   memastikan  hal-ehwal  Koperasi  dijalankan  mengikut   matlamat   penubuhan,  Undang-undang  Kecil   serta keputusan mesyuarat agung.
   
b.
(2) Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah:
 
   
a.
memastikan adanya kuasa dan kesahan bagi segala perbelanjaan;
b.
memeriksa akaun-akaun Koperasi atau melantik orang-orang yang kompeten untuk memeriksa akaun-akaun itu pada lat-lat masa yang tetap yang tidak boleh kurang daripada sekali dalam tempoh tiga bulan
c.
memberitahu Lembaga apa-apa ketakselarasan yang berlaku dalam pengurusan Koperasi ini dengan serta merta
d.
mengemukakan kepada mesyuarat agung perwakilan tahunan, laporan mengenai pengurusan dan hal ehwal Koperasi ini termasuk pelanggaran terhadap Akta atau Peraturan atau Undang-undang kecil
e.
pada setiap masa, mempunyai akses kepada segala buku, akaun dan dokumen Koperasi ini dan mana-mana orang yang dikehendakinya supaya mengemukakan apa-apa maklumat atau buku-buku, akaun-akaun dan dokumen-dokumen sedemikian hendaklah mematuhi kehendak itu
   
c.
(3) Segala kos dan perbelanjaan yang dilakukan oleh Jawatankuasa ini dalam menjalankan tugas-tugas, fungsi-fungsi serta tanggungjawabnya hendaklah ditanggung oleh Koperasi
   
d.
(4) Jawatankuasa  Audit  Dalaman  menurut  subperaturan  32(2)  Peraturan hendaklah bersidang dan membuat syornya kepada Lembaga  tidak kurang daripada dua kali tiap-tiap tahun dan laporan-laporan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar.