Bahagian 8  
Undang-undang Kecil
 
PELBAGAI
1.
Akaun   bank   bagi   Koperasi   ini   hendaklah  diuruskan  bersama  oleh  pengerusi, bendahari dan setiausaha, atau pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga dari semasa ke semasa
  Akaun bank
       
2.
a.
(1) Koperasi ini hendaklah ada satu mohor.  Mohor ini tidak boleh dimeteraikan di atas  mana-mana surat  melainkan  dengan  keputusan  Lembaga. Pengerusi dan setiausaha atau bendahari atau pegawai-pegawai lain yang diberikuasa oleh Lembaga dikehendaki menurunkan tandatangan mereka di atas tiap-tiap surat yang hendak dimeteraikan
b.
(2) Dokumen-dokumen yang diperbuat atas nama Koperasi sama ada dimeteraikan atau tidak, dan ditandatangani dengan sahnya oleh pengerusi dan setiausaha atau bendahari atau pegawai-pegawai lain yang diberikuasa oleh Lembaga hendaklah disifatkan mengikat ke atas Koperasi sehingga sebaliknya dibuktikan
  Mohor Koperasi

     
3.
a.
Tiap-tiap  anggota hendaklah  memberitahu setiausaha  akan segala pertukaran  alamatnya.  Semua  surat  kepada anggota yang dihantar  dengan  pos atau  dikirimkan  kepada  alamatnya yang terakhir hendaklah dianggap sebagai telah disampaikan
 
Pertukaran alamat anggota

     
4.
Menurut subseksyen 60(1) Akta,  akaun-akaun  dan rekod-rekod yang perlu berkaitan Koperasi   ini   hendaklah   diaudit  oleh seorang juruaudit yang dipilih oleh mesyuarat agung perwakilan dan dilantik melalui  suatu suratcara perlantikan menurut perenggan (b) subperaturan 27(2) Peraturan
  Penyediaan dokumen untuk diperiksa

 
   
a.
satu salinan Akta dan Peraturan
   
b.
satu salinan Undang-undang kecil ini dan jika ada aturan-aturan aktiviti
   
c.
akaun teraudit Koperasi yang terakhir dan
   
d.
satu senarai lengkap anggota Koperasi ini
 
     
 
yang terbuka untuk diperiksa oleh anggota-anggota Koperasi ini sahaja tanpa apa-apa bayaran, pada masa-masa yang munasabah di alamat berdaftar Koperasi ini
 
     
5.
Penyerahan  tugas secara rasmi hendaklah dilakukan apabila berlaku pertukaran bagi apa-apa jawatan dalam Koperasi ini.   Penyerahan tersebut hendaklah disempurnakan dalam tempoh tidak lewat daripada empat belas hari selepas berkuatkuasanya pertukaran itu
  Penyerahan tugas

     
6.
a.
(1) Seseorang yang dilantik untuk mewakili Koperasi ini di dalam apa-apa  mesyuarat, seminar, forum  atau  lawatan sambil belajar atas  perbelanjaan  Koperasi  ini  samada  di dalam  atau  di luar negeri mengikut peraturan 46 Peraturan, hendaklah  mengemukakan  laporan  ringkas  kepada   mesyuarat  agung perwakilan tahunan yang  akan datang yang terawal diadakan bagi Koperasi ini
b.
(2) Jika orang itu gagal mengemukakan laporan,dia hendaklah membayar  balik semua perbelanjaan yang telah ditanggung oleh Koperasi ini. Koperasi berhak mendapatkan balik setiap perbelanjaan tersebut seolah-olah  ianya suatu hutang yang kena dibayar kepada Koperasi ini
 
  Laporan oleh seseorang yang dilantik mewakili Koperasi
     
7.
Lembaga bolehlah  melantik  seorang  kenamaan sebagai Yang Dipertua kepada Koperasi ini. Dia hanya  bertindak  sebagai penaung dan boleh menghadiri mana-mana  mesyuarat  yang  diadakan  oleh  Koperasi ini tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi
  Perlantikan Yang Dipertua
     
8.
Lembaga bolehlah mendapatkan khidmat Felda sebagai Penasihat dan menggawalselia dalam urusan hal ehwal kewangan dan pelaburan koperasi ini
 
Khidmat Sebagai Penasihat dan Menggawalselia

9.
a.
(1) Segala   pertikaian   seperti yang disebutkan di bawah subseksyen 82(1) Akta yang menyentuh hal penubuhan, Undang-undang kecil, pemilihan pegawai-pegawai, perjalanan mesyuarat-mesyuarat agung, pengurusan atau perniagaan Koperasi ini hendaklah dirujukkan kepada Ketua Pendaftar menurut  tatacara di bawah peraturan 33 Peraturan
   
b.
(2) Mana-mana anggota yang dibuktikan telah membuat pengaduan atau merujukkan pertikaiannya kepada mana-mana orang selain daripada Ketua Pendaftar hendaklah dianggap telah bertindak dengan cara  yang memudaratkan kepentingan Koperasi ini dan bolehlah dikenakan tindakan menurut Undang-undang kecil 22
   
c.
(3) Segala  pertikaian  selain  daripada yang dinyatakan dalam subseksyen 82(1) Akta hendaklah dirujuk kepada mesyuarat agung perwakilan Koperasi ini untuk penyelesaian. Apa-apa persoalan tentang sama ada pertikaian tersebut termasuk dalam maksud subseksyen 82(1) Akta hendaklah diputuskan oleh Ketua Pendaftar dan keputusannya adalah muktamad
  Pertikaian
     
10. 
Koperasi  ini  boleh  dibubarkan  hanya dengan perintah Ketua Pendaftar
  Pembubaran
     
11.
a.
(1)  Undang -undang  Kecil    ini    adalah   dibuat  mengikut  peraturan 5 Peraturan dan hendaklah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta dan Peraturan. Apa-apa pindaan kepada Undang-undang kecil ini tidak boleh dibuat melainkan dengan kehendak atau kebenaran Ketua Pendaftar.  Aturan-aturan aktiviti tidak boleh dibuat melainkan dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan
b.
(2)  Apa-apa  urusan Koperasi ini hendaklah tertakluk kepada Akta, Peraturan dan Undang-undang kecil ini serta aturan-aturan aktiviti, yang hendaklah dibaca bersekali
  Akta, Peraturan dan Undang- undang Kecil
     
12. 
Undang-undang  Kecil  ini menurut seksyen 17 Akta hendaklah   mengikat  Koperasi  ini dan anggota-anggotanya sehingga takat yang sama  seolah-olah Undang-undang kecil ini   telah  ditandatangani  oleh  tiap-tiap  anggota  dan  mengandungi  waad pada  pihak setiap  anggota  bagi  dirinya  sendiri  dan  bagi penggantinya untuk  mematuhi  segala peruntukan Undang-undang kecil ini
  Undang-undang Kecil hendaklah mengikat anggota
     
     
13. 
Satu   salinan   akaun   perdagangan, akaun  untung rugi, penyata  sumber-sumber  dan penggunaan  wang, kunci  kira-kira   dan   laporan  Lembaga mengenai  kedudukan   hal-ehwal   Koperasi dan   subsidiari   atau subsidiari-subsidiarinya  yang   telah   dikemukakan   untuk mendapat   pandangan Ketua  Pendaftar menurut subseksyen 59(2) Akta,  laporan  juruaudit dan laporan  Jawatankuasa  Audit Dalaman hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap perwakilan tidak lewat daripada lima belas hari sebelum mesyuarat agung perwakilan tahunan
 
 
 
 
Mengemukakan penyata kewangan dan laporan-laporan

Diakui Undang-undang Kecil ini telah dibentangkan dan diterima di dalam mesyuarat agung tahunan perwakilan Koperasi Permodalan Felda Berhad yang kedua puluh lima pada 29 Jun 2006
 
 
 ......................................... 
  ....................................... 
 ........................................ 
   
(DATUK KHAMIS MD. SOM)
Pengerusi
(AHMAD TARMIZI ALIAS)
Setiausaha
 
 
 
 
   (SUHAIMI ZAINUDDIN)
Bendahari